Saturday, September 21, 2013

20 Fakta Cantik Si Gadis


1)             Kamu digalakkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Jangan lupa untuk melakukan flos bagi menjamin kesihatan gusi kamu.
2)            Produk kecantikan juga punya tarikh luputnya . Oleh sebab itu, rajin-rajinlah menilik tarikh luput alat solek kamu ya!
3)            Bagi kamu yang mempunyai bibir kering, kamu digalakkan untuk memilih gincu dengan rumusan kelembapan yang tinggi. Selain mencantikkan, ia turut melembapkan bibir.
4)            Jangan menggosok kepala dengan kuku apabila bersyampu kerana dikhuatiri boleh melukakan kulit kepala. Memadai dengan gosokan menggunakan jari secara lembut.
5)            Gunakan pemberus apabila menyapu bedak asas pada wajah. Ini kerana, sapuan dengan span dan bukannya pada kulit.
6)            Bagi kamu yang mahukan ilusi yang lebih cantik pada pipi, sapukan highlighter pada tulang pipi selepas menyapu pembayang pipi.
7)           Untuk menampakkan ilusi yang yang lebih semulajadi pada kening, kamu tidak perlu melukis kening secara penuh. Memadai dengan lukisan pada bahagian atas kening lalu ratakan ia dengan berus khas.
8)             Elakkan daripada menggunakan pensel rona hitam pada kening kerana ia hanya akan member efek yang lebih kasar dan garang pada wajah.
9)             Solekan pada bahagian mata akan member ilusi yang lebih menawan pada solekan secara keseluruhannya.
10)       Selepas selesai membilas dan mengeringkan rambut, kamu digalakkan untuk menyikat rambut dengan menggunakan sikat bergigi lebar untuk mengelakkan ia daripada tertarik dan gugur.
11)       Jangan lakukan skrub wajah setiap hari kerana ia hanya akan menjadikan kulit kamu lebih kering dan kasar.
12)      Jangan lupa untuk menyapu krim tabir suria setiap kali kamu mahu keluar rumah. Pastikan ia sentiasa ada dalam kit kecantikan kamu.
13)      Amalkan pemakanan yang seimbang dan kurangkan makanan yang berminyak kerana ia turut memberikan implikasi pada kulit.
14)      Elakkan daripada mengenakan solekan dalam rona cerah bagi kamu yang mempunyai sepasang mata yang kecil.
15)      Selain pemakanan yang seimbang, kamu juga boleh mengamalkan penampilan pil suplemen untuk kesihatan tubuh.
16)      Jangan pandang mudah pada penjagaan kanta lekap. Amalkan kebersihan setiap kali mengenakan kanta lekap dengan mencuci tangan sebelum menggunakannya.
17)     Selain solekan sempurna, kamu jangan memandang enteng mengenai aksesori pelengkap gaya. Pilihlah padanan yang bersesuaian berdasarkan kepada mood penampilan kamu sehari-hari.
18)       Sapuan maskara dalam sapuan zig-zag adalah lebih baik bagi mengelakkan maskara yang disapu tampak bertompok-tompok.
19)       Amalkan sapuan perapi rambut setiap kali bersyampu sebagai rutin wajib kamu. Syampu semata-mata tidak akan menjamin kesegaran dan kesihatan rambut.

20)      Elakkan daripada mengikat rambut ketika kamu tidur kerana ia boleh menyebabkan rambut kamu tertarik dan mudah putus.

No comments:

Post a Comment