Saturday, September 21, 2013

20 Fakta Cantik Si Gadis


1)             Kamu digalakkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Jangan lupa untuk melakukan flos bagi menjamin kesihatan gusi kamu.
2)            Produk kecantikan juga punya tarikh luputnya . Oleh sebab itu, rajin-rajinlah menilik tarikh luput alat solek kamu ya!
3)            Bagi kamu yang mempunyai bibir kering, kamu digalakkan untuk memilih gincu dengan rumusan kelembapan yang tinggi. Selain mencantikkan, ia turut melembapkan bibir.
4)            Jangan menggosok kepala dengan kuku apabila bersyampu kerana dikhuatiri boleh melukakan kulit kepala. Memadai dengan gosokan menggunakan jari secara lembut.
5)            Gunakan pemberus apabila menyapu bedak asas pada wajah. Ini kerana, sapuan dengan span dan bukannya pada kulit.
6)            Bagi kamu yang mahukan ilusi yang lebih cantik pada pipi, sapukan highlighter pada tulang pipi selepas menyapu pembayang pipi.
7)           Untuk menampakkan ilusi yang yang lebih semulajadi pada kening, kamu tidak perlu melukis kening secara penuh. Memadai dengan lukisan pada bahagian atas kening lalu ratakan ia dengan berus khas.
8)             Elakkan daripada menggunakan pensel rona hitam pada kening kerana ia hanya akan member efek yang lebih kasar dan garang pada wajah.
9)             Solekan pada bahagian mata akan member ilusi yang lebih menawan pada solekan secara keseluruhannya.
10)       Selepas selesai membilas dan mengeringkan rambut, kamu digalakkan untuk menyikat rambut dengan menggunakan sikat bergigi lebar untuk mengelakkan ia daripada tertarik dan gugur.
11)       Jangan lakukan skrub wajah setiap hari kerana ia hanya akan menjadikan kulit kamu lebih kering dan kasar.
12)      Jangan lupa untuk menyapu krim tabir suria setiap kali kamu mahu keluar rumah. Pastikan ia sentiasa ada dalam kit kecantikan kamu.
13)      Amalkan pemakanan yang seimbang dan kurangkan makanan yang berminyak kerana ia turut memberikan implikasi pada kulit.
14)      Elakkan daripada mengenakan solekan dalam rona cerah bagi kamu yang mempunyai sepasang mata yang kecil.
15)      Selain pemakanan yang seimbang, kamu juga boleh mengamalkan penampilan pil suplemen untuk kesihatan tubuh.
16)      Jangan pandang mudah pada penjagaan kanta lekap. Amalkan kebersihan setiap kali mengenakan kanta lekap dengan mencuci tangan sebelum menggunakannya.
17)     Selain solekan sempurna, kamu jangan memandang enteng mengenai aksesori pelengkap gaya. Pilihlah padanan yang bersesuaian berdasarkan kepada mood penampilan kamu sehari-hari.
18)       Sapuan maskara dalam sapuan zig-zag adalah lebih baik bagi mengelakkan maskara yang disapu tampak bertompok-tompok.
19)       Amalkan sapuan perapi rambut setiap kali bersyampu sebagai rutin wajib kamu. Syampu semata-mata tidak akan menjamin kesegaran dan kesihatan rambut.

20)      Elakkan daripada mengikat rambut ketika kamu tidur kerana ia boleh menyebabkan rambut kamu tertarik dan mudah putus.

Tuesday, September 17, 2013

Saya dan Sahabat

Assalamualaikum? .. ini adalah sahabat-sahabat saya, konOnnya nak beraya dari rumah ke rumah tapi disebabkan kekangan masa dan mempunyai banyak komitmen lain maka tercetuslah idea nak kumpul beraya di kfc. hehehe. best jugalah sebab dapat jumpa kumpul sesama. Yala sekarang nama jer duk satu daerah tapi study tempat yang berlainan. Jadi kami pun mengambil kesempatan ini. Macam-2 lah gosip-2 mak jemah yang kuar. hahaha! berjam-2 juga duk kfc tu. Rasanya dah berakar duduk kat situ... huhu .. hmmm tapi semua tu tinggal kenangan dan saya harap tahun depan dapat berkumpul cm ni lagi :-) 

Sunday, September 15, 2013

Bila Haiwan Berbicara


Ayam: manusia ne memang pentingkan diri         
             sendiri.
Lembu: kenapa pulak kau kata cam tu?
Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku.
Lembu: Hah, buat apa pulak?
Ayam: Aku ne bertelur hari-hari. Aku cadang  
            naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang   
            kata ada juga waris aku bila dah tak da
            nanti. Tapi manusia memang tak berhati  
           perut. Hari-hari diaorang makan telur aku,
            macam mana aku nak dapat anak.
Lembu: Alah, kau punya masalah kecik jer.
Ayam: maksud kau?
Lembu: Aku ne, kalau fikirkan nasib aku lagi
             malang. Rasanya, nak bunuh diripun  
             ada. Bayangkan, hari-hari manusia  
             minum susu aku, tapi seorangpun tak  
              pernah panggil aku mak.
Ayam: (Dalam hati) Tak boleh pakai punya  
             lembu    

Thursday, September 12, 2013

Kerja Tak Siap, Salah Siapa?????

KERJA TAK SIAP, SALAH SIAPA?

Jom semak sikap kamu yang mana satu.

  1.  Banyak Tugasan 
  2. Putus Asa
  3. Suka Bertangguh
  4. Hasil kerja ciplak
  5. Rasa Tidak Dihargai
  6. Banyak Gangguan
  7. Tidak Tahu Apa Yang Perlu Dibuat
     



Wednesday, September 11, 2013

Pengalaman baru

Berkali-kaliku mencuba namun tidak berjaya. sunggupun begitu tetap jugaku gagahi.. daaan sekarang pengembaraan akan bermula :) 
pengajaran yang dapatku ambil ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.